Korang tahu tak, 80% kes rogol oleh pemangsa seks yang dilaporkan di Malaysia tahun 2015 melibatkan persahabatan di dalam Internet? Dan majoriti mangsa ini semua berumur bawah 18 tahun. Cubaan “merangsang” (“grooming”) kanak-kanak dan remaja untuk jadi mangsa seksual makin meruncing, kerana makin ramai pemangsa seksual ini menggunakan identiti palsu di Internet bila memburu mangsa.
Jika korang berbual dengan orang tak dikenali secara online, kenalah berhatihati, percaya pada instinct korang dan tahu apa nak buat kalau ada something yang tak kena. Baca petanda berikut:
1. Kuat memuji
Adakah dia asyik nak puji gambar profil korang, cakap korang cantik, hot, mantap atau seksi? Pemangsa memang akan cuba buat korang rasa hebat atau istimewa. Korang akan rasa susah nak syak dia bila dia beria memuji, jadi awas ya.
2. Awak ada gambar seksi tak?
Dia mungkin akan minta gambar seksi dan cakap: ‘orang lain share okey je’. Ingat, jika dia minta gambar bukan-bukan, itu sudah big no-no dalam undang-undang.
3. Jom jumpa kat “tempat lain”?
Korang berkenalan masa main game online atau kat chatroom? Ada dia minta korang add dia di Instagram, Facebook, Whatsapp atau mana-mana yang boleh korang sembang secara private? Chat private akan memudahkan korang jadi lebih rapat dan buat korang percaya padanya.
4. Jom borak pasal seks
Dia akan ajak korang sembang seks, takpun share bahan porno. Bila online, memang kurang rasa malu nak cakap tentang seks berbanding depan muka. Awas! Korang tak perlu cakap apa-apa yang buat korang rasa tak selesa.
5. Ini rahsia kita tau?!
Pemangsa tak mahu orang lain tahu yang korang sedang chat—kerana orang lain, keluarga atau kawan mungkin akan membantu jika ada yang tak kena. Dia akan minta korang rahsiakan chat atau cakap awak akan ‘kena’ kalau orang lain dapat tahu. Jika ada sesiapa memaksa korang buat sesuatu yang tak diingini atau buat korang rasa tak selesa, jangan senyap saja.
6. Beralih mood
Perangsang seksual ini akan cuba control korang dengan memuji dan bagi attention kaw kaw. Jika korang tak buat apa yang dia mahu—tiba-tiba dia tunjuk belang dan jadi baran. Kalau tak rasa selesa, korang tak perlu ikut cakap dia okey?
LINDUNGI DIRI DAN TEMAN ANDA
Jika ada sesiapa cuba buat begini sampai korang rasa ‘ni salah ni’, korang kena bagitau seseorang yang boleh dipercayai.
Korang juga boleh buat laporan polis dengan menghubungi 999 atau laporkan pencabulan online ke Cyber999
> Hubungi waktu pejabat: 1-300-88-2999
> Talian kecemasan: +6019 266 5850
> Emel kepada: cyber999@cybersecurity.my
> SMS kepada 15888: CYBER999 REPORT (emel) (laporan). JENAYAH SIBER
Biar selamat okey.