Korang tahu tak, 80% kes rogol oleh pemangsa seksual yang dilaporkan di Malaysia sejak dua tahun lalu melibatkan persahabatan di dalam Internet? Dan majoriti mangsa ini semua berumur bawah 18 tahun. Cubaan “merangsang” (grooming) kanak-kanak untuk jadi mangsa seksual makin meruncing, kerana makin ramai pemangsa seksual ini menggunakan identiti palsu di Internet bila memburu mangsa.
>>Baca: Oh Internet – Hebat atau Rabak
1 Apa itu merangsang?
Merangsang berlaku bila pemangsa bina hubungan emosi dengan korang dengan harapan korang percaya padanya. Tapi niatnya untuk mendera atau eksploit korang secara seksual, sama ada menerusi telefon bimbit, kamera web atau bila dapat berjumpa. Ramai kanak-kanak dan remaja tak sedar pun bila mereka sedang ‘dirangsang’, atau apa yang sedang berlaku itu adalah penderaan.
2 Bagaimana rangsangan berlaku?
Rangsangan boleh berlaku sama ada bila korang berjumpa atau sedang online; oleh orang yang korang kenal atau tidak. Pemangsa tentulah tak beritahu niatnya awal-awal, dia akan ambil masa yang lama supaya korang akhirnya percaya pada dia. Mula-mula, dia akan cuba buat baik, jadi BFF; bagi attention, beli jiwa, bagi hadiah; tak pun pancing guna reputasi dan pangkat dia. Bila korang dah percaya, barulah dia ambil kesempatan dengan mengasingkan korang daripada kawan atau famili, sampai korang rasa tak boleh terpisah dengannya. Selepas itu, dia akan guna teknik “rahsia” untuk kawal dan menakutkan korang. Sekali sekala, dia akan ugut, buat korang rasa malu atau bersalah gila, supaya korang tak beritahu sesiapa tentang kejadian itu.
3Macam mana pula dengan rangsangan online?
Perangsang seksual ini akan guna laman media sosial, chat rooms, app dating atau game online untuk cari mangsa. Ada kala, pemangsa akan send ratusan mesej, tengoklah siapa yang sangkut nanti. Pemangsa akan habiskan masa untuk belajar apa yang korang minat daripada profil online, kemudian dia guna info itu untuk cuba rapat dengan korang.
4 Apa pemangsa ni cari untuk mendapat mangsanya?
- Umur dan rupa mangsanya
- Apa saja komen yang nampak korang sunyi, tak konfiden, rasa disisih keluarga dan kengkawan
- Username atau komen yang notty / nakal atau ada maksud seksual
5Cara mangsa dieksploit secara seksual bila online
Kalau ianya berlaku online, kanak-kanak dan remaja mungkin dipujuk, atau dipaksa untuk:
- Menghantar atau post gambar lucah tubuhnya
- Diajak melakukan aktiviti seksual menerusi kamera web atau telefon pintar
- Berbual lucah menerusi teks atau Online
Selepas itu, pemangsa mungkin ugut akan share gambar, video atau chat korang kepada mak ayah dan kengkawan kalau korang taknak teruskan dengan aktiviti seksual lain. Walaupun korang dah break, imej atau video itu mungkin tetap dishare.
6 Apa akan terjadi jika kitorang upload gambar lucah sendiri?
Lagilah senang korang dapat perhatian orang tak dikenali atau yang korang taknak kenal especially kalau korang post gambar posing seksi. Sudah tentu, korang tak kan dapat balik imej tu dan tak tahu siapa pula yang dah tengok gambar itu, atau ke mana ia telah disebarkan. Kalau umur korang 18 tahun ke bawah dan ada gambar kurang berpakaian atau tanpa pakaian, itu boleh dikatakan pornografi kanak-kanak.
7Apa kena buat jika kitorang sedang dirangsang?
Korang kena terus bagitau mana-mana orang dewasa yang korang boleh percayai. Mereka boleh tolong. Block atau delete pemangsa itu daripada senarai contact juga satu langkah yang baik, tapi pastikan mak ayah atau orang dewasa yang korang percayai itu tahu apa yang telah berlaku. Korang juga patut buat laporan polis dengan segera.
>> BACA: Pemangsa seksual dalam telefon saya