Tahukah anda pemangsa seksual boleh ada dalam telefon anda sendiri?
Seram kan? Tapi ini realiti kat Malaysia sekarang. Pemangsa seksual online guna media sosial, game, dan mesej untuk cari budak bawah umur – especially perempuan.
Contohnya:
“Awak bukan satu-satunya gadis muda yang saya kenal. Ramai lagi.”
“Diorang semua buat benda tu dengan awak ke?” tanya budak umur 15 tahun.
“Saya dah buat dengan budak Tingkatan Satu sampai Tingkatan Enam. Ada yang baru 13 tahun,” balas si pemangsa.
Shocking, kan? Tapi ini bukan skrip drama. Ini pendedahan berani oleh wartawan muda dari R.AGE. Diorang bongkar kisah sebenar eksploitasi seks online kat Malaysia. Nak tahu lebih? Tonton video “Predator in My Phone”.
Apa masalahnya?
Laporan R.AGE tunjuk hampir 80% kes rogol yang libatkan pemangsa seksual dalam dua tahun lepas – semuanya bermula dari internet. Majoriti mangsa bawah umur.
Cara mereka buat? Grooming.
Ni proses kat mana pemangsa bina hubungan dengan mangsa. Mula-mula pura-pura caring, lama-lama minta gambar, ajak jumpa. Benda ni semua berlaku dalam talian, kadang dari game pun boleh jadi.
BACA >> Pemangsa Seks: Ketahuilah petandanya
Tapi masalah besar – grooming online BUKAN jenayah kat Malaysia.
Selagi belum ada penderaan fizikal, polis tak boleh ambil tindakan. Nak tunggu jadi mangsa baru nak bertindak?
Kita kena ubah
R.AGE dan UNICEF tengah fight untuk ubah undang-undang. Diorang nak pastikan grooming online pun dikira jenayah. Supaya pemangsa seksual boleh dicekup awal, sebelum sempat sentuh mangsa.
Kita tak boleh biar budak-budak jadi mangsa seterusnya.
Undang-undang sekarang protect pemangsa, bukan kanak-kanak.
Jom berikrar sekarang
Kalau kau rasa benda ni salah, jangan diam.
Tunjuk sokongan.
Tandatangan ikrar untuk jadikan grooming online satu kesalahan jenayah.
Berikrar sekarang
Anda akan dibawa ke laman web R.AGE “Predator in My Phone”
Nak lindungi kanak-kanak? Kita semua main peranan.
Jangan tunggu satu lagi kisah sedih sebelum kita bertindak.