NOTA EDITOR (Oktober 2026)
Buli masih jadi isu serius di Malaysia. Pada 6 Oktober 2026, Parlimen dimaklumkan bahawa 5,681 kes buli sekolah di dilaporkan antara Januari hingga Ogos tahun ini. Kes ini melibatkan buli fizikal, lisan, bukan lisan dan siber. Jumlah sebenar mungkin lebih tinggi sebab ada kes yang tak dilaporkan. Ramai orang muda terkesan dengan buli, tapi ada satu soalan susah yang jarang orang tanya: macam mana kalau korang terfikir, “Kawan saya pembuli, apa patut saya buat?” Dalam artikel ini, penulis muda Tati Wira kongsi pengalaman.
“Kawan saya pembuli?” Bila dapat tahu benda ni, memang macam-macam emosi datang serentak. Korang mungkin rasa nak defend dia, lagi-lagi kalau dia tak pernah tunjuk side dia yang tu depan korang. Tapi penting untuk percaya orang yang disakiti, dan faham betapa serius situasi ni. Sebab walaupun kawan korang baik dengan korang, tak bermakna dia baik dengan semua orang.
Bila dapat tahu kawan korang buli orang lain, memang biasa rasa mixed feelings: rasa bersalah, malu, sedih, marah. Korang mungkin mula question judgement sendiri, dan tertanya-tanya macam mana boleh miss semua signs tu. Lepas tu datang soalan penting: nak stay kawan ke, atau call it quits? Jom kita fikirkan pilihan yang ada.
Pilihan 1: Menjauhkan diri.
Ada baaanyak sangat sebab korang mungkin pilih jalan ni. Bila korang putus kawan dengan pembuli, korang tunjuk solidarity dengan mangsa. Korang juga hantar mesej jelas yang korang tak support perangai macam tu.
Lagi satu, siapa yang kita kawan pun banyak pengaruh pada diri kita! Korang nak sentiasa dikelilingi orang yang lulus vibe check dan angkat korang naik. Bila tamatkan friendship ni, korang dapat peluang cari kawan-kawan yang lebih positif, yang boleh bentuk korang jadi orang yang korang nak jadi.
Memang ada kebaikannya tamatkan friendship tu, tapi saya nak bagitau jugak, putus kawan tak guarantee buli tu akan berhenti. Hanya sebab korang tak kawan dengan dia dah, tak bermakna dia akan berhenti membuli terus. Sedihnya, sangat mungkin dia akan terus buat benda sama pada orang lain kalau tak ada siapa tegur dan/atau buat dia bertanggungjawab.
Pilihan 2: Kekal berkawan dengan dia.
Benda yang cantik tentang manusia ni, kita boleh berubah. Ya, pembuli pun boleh buka buku baru kalau dapat sikit bantuan.
Tapi kalau korang rasa, “Kawan saya pembuli, tapi saya tak nak tinggalkan dia,” korang kena tampil dan tolong dia nampak salah dia. Ni beberapa cara korang boleh buat:
- Bincang elok-elok: Sembang jujur dengan kawan korang pasal apa yang dia dah buat. Bagitau dia macam mana perbuatan dia kesan orang lain, dan yang korang tak okay dengan perangai tu.
- Bantu dia memahami perasaan mangsa: Ajak kawan korang letak diri dia di tempat orang yang dia sakiti. Tolong dia faham sakit dan susah yang mangsa lalui.
- Ilmu itu kuasa: Share sumber dan info pasal kesan buli. Buat dia sedar betapa teruk kerosakan yang buli boleh bawa. Makin banyak dia tahu, makin besar peluang dia berubah.
- Lead by example: Jadi contoh kebaikan, respek dan empati. Tunjuk macam mana nak layan orang dengan baik, dan biar tindakan korang inspire dia jadi lebih baik!
- Cari sokongan: Galakkan kawan korang minta bimbingan daripada orang dewasa yang dia percaya atau kaunselor, untuk tackle isu yang jadi punca dia membuli. (Ya, ada pembuli yang sebenarnya pun kena buli. Ia boleh jadi kitaran yang tak berhenti atau vicious cycle.)
Jangan biarkan buli berlalu macam tu je
Okay tapi ni dia tea-nya: berubah ni bukan senang. Ada pembuli yang mungkin terasa dan tak nak berubah. Ada yang langsung tak nak mengaku dia dah sakitkan orang. Dalam kes macam tu, mungkin lebih baik korang walk away je. Tapi tolonglah, tenangkan hati sebab korang dah buat benda yang betul, walaupun mesej tu tak sampai.
Akhirnya, korang yang tentukan sama ada nak terus kawan dengan pembuli tu atau tak. Fikir betapa teruk buli tu, sama ada dia sanggup berubah, dan sama ada korang ada tenaga nak hadap semua tu. Ingat, jaga emosi korang sendiri pun sama penting.
Jadi kawan-kawan, bila korang sedar “kawan saya pembuli”, memang berat nak hadap. Tak ada jawapan mudah, tapi satu benda yang pasti: percaya mangsa, dan jangan biarkan buli berlalu macam tu je.
Nota Editor: Artikel ini merupakan terjemahan dan kemas kini daripada artikel asal “My Friend is a Bully. Can I Still Be Their Friend?” yang ditulis oleh Tati Wira dan diterbitkan di Children4Change pada 20 Jun 2023.




