#Inspo

10 petikan paling best sempena Hari Bapa tahun Ini!

Bukan semua hero pakai cape. Kadang-kadang, dia cuma ayah kita.

Hari Bapa jatuh pada Ahad ini! Tak kisah la korang panggil dia apa – ayah, papa, dad, appa, 父亲 – semua bapa memang special dalam hidup kita. Mereka tulang belakang, penyokong setia, dan kadang-kadang superhero kita tanpa cape.

So sempena Hari Bapa, jom kita throwback sikit dan hargai mereka dengan 10 petikan yang menyentuh hati. Simple tapi meaningful – confirm buat korang ingat balik betapa pentingnya seorang ayah.

1. Hadiah dari Tuhan

“Hadiah terbesar saya datang dari Tuhan; Saya panggil dia ayah!” ~ Author Unknown

2. Bukan sembarangan orang

“Mana-mana lelaki boleh jadi seorang bapa. Tapi ia ambil seseorang yang istimewa untuk jadi ayah.” ~ Author Unknown

3. Masterpiece hidup

“Hati seorang ayah adalah karya alam semula jadi (masterpiece).” ~ Antoine-François, Abbé Prevost d’Exiles

4. Panduan sepanjang hayat

“Ayah, tangan anda membimbing di bahu saya akan kekal dengan saya selama-lamanya.” ~ Author Unknown

5. Lagi power dari cikgu sekolah

“Seorang ayah memang lebih daripada seribu guru sekolah. Beliau adalah idola setiap kanak-kanak.” ~ Author Unknown

6. Hero sebenar

“Sesetengah wira tak ada ‘cape’. Mereka dipanggil ayah.” ~ Author Unknown

7. Ironman kita semua

“Dads are great at ironing out life’s wrinkles.” ~ Author Unknown

8. Bijaknya seorang ayah

“Ia adalah seorang ayah yang bijak yang tahu anaknya. Tapi mungkin, anak yang sangat bijak ambil masa untuk kenal bapanya.” ~ Author Unknown

9. Role model selamanya

“Seorang ayah bijak ingat bahawa suatu hari nanti anaknya akan mencontohinya, bukan ikut nasihat dia je.” ~ Author Unknown

10. Sentiasa ada, bila-bila masa

“Ayah ialah orang yang pegang anda bila anda menangis, tegur bila anda melanggar peraturan, bersinar dengan bangga bila anda berjaya, dan tetap percaya pada anda walaupun anda gagal.” ~ Author Unknown

So kalau korang tengah fikir nak tulis kad, post kat IG atau nak ucap sendiri kat ayah — boleh ambil mana-mana petikan ni. Hari Bapa bukan pasal hadiah mahal. Kadang-kadang, kata-kata pun cukup untuk buat dia rasa dihargai.

TONTON >> Video khas Hari Bapa UNICEF-JDT ni!
What Do You Like About Your Fathers” — confirm buat korang senyum (dan maybe nangis sikit).

3.5 2 votes
Article Rating
What’s your Reaction?
50%
25%
25%
0%
0%
0%
0%
Show More

Bunny Wira

champion for children, hero in disguise. I love kangkung!
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Related Articles

Back to top button