Kita semua ada peranan – sebagai khalifah di bumi
Ada lebih 7 bilion manusia hidup kat dunia ni. Tapi real talk – bumi ni tengah nazak.
Kita semua sebahagian daripada alam semula jadi. Hidup kita bergantung pada biodiversity – tumbuhan, haiwan, habitat dan seluruh ekosistem yang jaga keseimbangan dunia. Kalau kita rosakkan semua ni, kita rosakkan masa depan sendiri.
Malangnya, banyak aktiviti manusia seperti pencemaran, pembalakan, pembakaran hutan dan pertanian tak mampan dah lama runtuhkan sistem semula jadi ni. Hasilnya? Perubahan iklim makin teruk. Kita dah pun nampak kesannya: banjir, kemarau, tanah runtuh, suhu makin tinggi dan cuaca melampau.
Dan siapa paling terkesan? Anak-anak dan remaja. Sebab korang yang akan hidup paling lama kat dunia ni dan kena hadap semua cabaran ni nanti. Seram, kan?
Dunia yang kita nak, bermula sekarang
Kalau kita nak dunia yang selamat untuk kita, anak cucu kita – kita kena mula sekarang. Tak boleh tunggu. Kita kena ubah cara hidup dan cara kita jaga bumi.
Kita perlukan model pembangunan yang mampan – yang bukan sekadar fokus sekarang, tapi fikir juga masa depan. Kita boleh mula dengan:
- Guna tenaga boleh diperbaharui
- Kurangkan pencemaran karbon
- Tingkatkan kecekapan tenaga
- Pelaburan dalam sistem pengangkutan hijau
Semua ni bukan angan-angan. Ini pelaburan untuk masa depan. Dunia yang bersih, sihat dan selamat. Tapi perubahan tu takkan berlaku kalau kita semua tunggu orang lain buat dulu.
Golongan muda: pemimpin aksi iklim
Serius – khalifah di bumi macam anda dah mula bertindak. Anak muda seluruh dunia tengah buat gerakan untuk selamatkan alam sekitar.
Korang tak tunggu 2050 untuk buat perubahan. Korang fikir jauh ke depan – 100 tahun pun korang berani fikir. Dan itu sebabnya korang penting.
Apa yang anda boleh buat?
- Ubah gaya hidup: kurang guna plastik, jimat elektrik, pilih makanan mesra alam
- Gunakan suara anda: ajak rakan-rakan sedar, desak pemimpin ambil tindakan
- Sertai kempen alam sekitar di sekolah, komuniti atau online
Pilihan anda hari ini = masa depan kita semua
Setiap tindakan ada kesan. Setiap pilihan hari ini akan tentukan macam mana dunia kita akan jadi esok.
So… jom kita semua fikir balik cara kita hidup. Fikir impak pada bumi. Fikir apa yang kita boleh ubah.
Jadilah khalifah di bumi yang lebih baik. Bumi ni amanah kita semua.