Young Changemakers 2016 sedang mencari wira kanak-kanak tak dicanang di Malaysia supaya kita boleh menghormati dan meraikan keberanian, daya tahan dan komitmen mereka untuk membuat dunia kita tempat yang lebih baik.
“Jika diberi peluang, kanak-kanak boleh menjadi agen perubahan positif dan mewujudkan penyelesaian inovatif kepada isu-isu yang memberi kesan kepada mereka.”
– Marianne Clark-Hattingh, Wakil UNICEF ke Malaysia
Jadi, jika anda tahu mana-mana kanak-kanak yang luar biasa, dan yang sesuai dengan kriteria berikut, sila calonkan mereka untuk “Anugerah Young Changemakers 2016.” Kenalilah finalis Young Changemakers 2015 untuk mendapatkan idea-idea dan inspirasi.
Pemenang tahun 2016 akan menerima Anugerah Young Changemakers sempena Hari Kanak-kanak Sedunia pada bulan November.
Kriteria Calonan
Sekolah-sekolah dan pihak individu boleh mencalonkan wira kanak-kanak yang menepati syarat-syarat kelayakan berikut:
Umur
Berusia di antara 6 hingga 15 tahun
Impak Sosial
- Alam Sekitar
- Cabaran Hidup
- Kemahiran (Akademik, Sukan, Seni, atau, Rekacipta)
- Kemasyarakatan
Sila gunakan borang yang disediakan untuk membuat pencalonan anda:
Tempoh Pencalonan
1 July – 30 September 2016
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Abby Latiff | abbylatiff@womengirls.org | 03-2106 8677
Program Young Changemakers 2016 dianjurkan oleh Pertubuhan Pembangunan Kendiri Wanita dan Gadis – WOMEN:girls dengan kerjasama Pusat Kreatif Kanak-kanak Tuanku Bainun (PKKTB), Digi dan UNICEF Malaysia; dan sokongan Kementerian Pendidikan Malaysia.