#DidYouKnow

Sepuluh cara untuk hentikan buli

Ingat bahawa anda bukanlah masalahnya, tetapi si pembuli yang bermasalah.

Kes-kes buli boleh dihentikan sekiranya lebih ramai daripada kita bekerjasama membanteras pembulian. Berikut ialah 10 perkara yang boleh anda lakukan untuk menghentikan pembuli.

1Bersama dengan rakan-rakan

Bersama dengan rakan-rakan semasa rehat, di taman permainan atau di dalam bas – di mana pembuli sering berada. Tawarkan untuk melakukan perkara yang sama untuk rakan-rakan.

 

2Elak daripada pembuli

Gunakan tandas yang berlainan sekiranya si pembuli berada berdekatan dan jangan pergi ke sesuatu tempat yang sunyi dan tiada orang. Pastikan anda bersama seseorang sekiranya anda tidak mampu mengelak daripada pembuli

 

3Abaikan si pembuli

Praktikkan cara untuk abaikan pernyataan yang menyakitkan. Dengan mengabaikan si pembuli, anda menunjukkan bahawa anda tidak peduli. Lama-kelamaan, si pembuli akan berasa bosan untuk mengganggu anda.

 

4Tahan kemarahan anda

Ianya adalah biasa untuk merasa sedih, takut atau menangis; namun, itulah apa yang disukai oleh para pembuli. Ia membuatkan pembuli berasa berkuasa dan hebat. Oleh itu, elakkan daripada menunjukkan emosi anda seboleh yang mungkin.

 

5Beranikan diri

Tegaskan kepada pembuli untuk berhenti membuli. Buktikan pada mereka bahawa anda mampu menjadi kuat dan elak daripada situasi yang buruk.

 

6Jangan berahsia

Adukan pada orang yang dipercayai, seperti ibubapa, kaunselor, guru, pakcik atau makcik atau kakak dan abang. Ia akan membuatkan anda berasa kurang sepi…dan akan mendapat bantuan.

 

7Bersekutu dengan yang lain

Jangan berahsia sekiranya anda mendapati pembulian berlaku. Bertindak dan adukan pada orang dewasa yang boleh dipercayai demi mangsa buli; – guru, pengetua dan ibu bapa boleh membantu untuk menghentikan pembulian.

 

8Jangan membuli orang lain

Kadangkala, kita mungkin melakukan atau mengatakan perkara yang tidak elok untuk menyakiti orang lain. Perbetulkan keadaan dan minta maaf sekiranya hal ini berlaku.

 

9Ubah keadaan

Tubuhkan satu kumpulan untuk memeriksa kawasan di mana pembulian sering berlaku. Bentuk juga satu kumpulan penyokong untuk orang yang pernah menjadi mangsa buli; dan bantu bercakap bagi pihak mereka.

 

10Hargai diri sendiri

Dibuli boleh membuat anda berasa teruk, namun sentiasa ingat bahawa anda adalah hebat sebagai diri anda.

BACA >> Membuli sememangnya “not cool”!

Adakah anda mempunyai sebarang idea lagi? Share pendapat anda di kotak komen di bawah! 

3.9 32 votes
Article Rating
What’s your Reaction?
25%
13%
13%
17%
4%
17%
13%
Show More

Bunny Wira

champion for children, hero in disguise. I love kangkung!
Subscribe
Notify of
guest

15 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Amira Nadia
Amira Nadia
August 25, 2018 5:05 pm

Esok saya masuk asrama and sekolah baru
Saya takut
Saya ada penyakit thalassemia dan baru lepas operate
Doakan saya

Bunny Wira
Bunny Wira
February 21, 2019 9:04 am
Reply to  Amira Nadia

Harap adik OK now.

Nur aisyah
August 22, 2023 1:18 pm
Reply to  Amira Nadia

Harap akak oke ye 😊😊😊😊

ariq si kepala barua
ariq si kepala barua
February 20, 2019 10:44 am

kami pe;ajar pelajar maktab rendah sains mara gerik perak bukit nasah…..kami ditugaskan oleh guru kami untuk mencari bahan di internet tentang isu buli…..terima kasih kerana telah membantu kami untuk mendapatkan maklumat…..nama kami dzaidynn asroun merangkap bwp presiden ldp dan vice pres 1 bwp mrsm gerik…..

Bunny Wira
Bunny Wira
February 21, 2019 9:06 am

Ohsem. Glad kami dapat tolong. Mungkin panduan ni will also help: https://children4change.unicef.my/wp-content/uploads/WCD2018-Kindness-Teachers-Toolkit-BM.pdf

Richardguarm
Richardguarm
April 7, 2020 12:36 am

Report online abuse, online violence and online gambling to MCMC. https://www.mcmc.gov.my/en/make-a-complaint/make-a-complaint

melodyxz4
melodyxz4
April 7, 2020 4:08 am

Report bullying, violence and exploitation. Call 15999.

RodneysssTraip
RodneysssTraip
April 7, 2020 7:05 am

Wonderful items from you, man. I use consider your things previous to and if you’re just too wonderful. I actually like what an individual have acquired here, definitely like what you usually are saying and the approach during which you state it. You’re which makes it enjoyable and you carry on and manage to stay it smart. I cant wait to find out much more from a person. That is actually a new terrific web site.

Y2mateW658
Y2mateW658
April 8, 2020 8:28 am

Hi folks, just came across your website, really like your works!

Cameronatmom
Cameronatmom
April 8, 2020 8:53 pm

Hello to all
In this baffling time, I love you all
Rise your one’s nearest and friends

Hazeem Shahmi
Hazeem Shahmi
April 10, 2020 4:56 am

Says selalu kena buli hantar pinggan,basuh baju,iron Baku.Senior selalu buli saya……pastu main ugut……doakan saya

Sujaiha
Sujaiha
September 4, 2020 1:55 pm

Saya nak adukan bahawa saya telah berlaku kes pembulian di sekolah saya.pembuli itu tidak kisah walaupun saya suruh berhenti membuli saya.tolong doakan saya ya.moga-moga dirahmati Allah

I am addopted
I am addopted
September 27, 2020 3:24 pm

Hrm…aq slalu kene buli mintax duit walaupun dh rapat ngn membe lain tapi ttp jugak kene buli…tapi aq pendam je aq saba tapi satu masa aq x kan dpt saba lagi aq akan BUNUH je org yg buli aq tu jentle aq ckp…tapi aq saba je

Noor Hashimah bt Wagimin
Noor Hashimah bt Wagimin
September 28, 2020 11:11 pm

Anak selalu kene buli…kawan rapat dia sendiri pulak tu…minta brg minta duit…pastu kawan dia marah kalau tak dpt apa yg dia nk…kite sbg ibu…rasa marah jugakla….kalau ikutkan hati rasa nak balas balik ape yg dia buat kat anak…tp tetap bersabar sbb nanti takut keruhkan keadaan…

Nur aisyah
August 22, 2023 1:18 pm

Hari ni mak dan ayah saya datang ke sekolah untuk berjumpa dengan pembuli itu . Tapi saya ada rasa takut sikit la sebab nanti mungkin dia akan balas balik apa yang saya buat tu

Related Articles

Back to top button