#News

#ActofHumanity untuk semua kanak-kanak

Kanak-kanak di dalam bahaya perlukan keprihatinan kita untuk menunjukkan bahawa mereka akan selamat.

“Kami terpaksa menempuh perjalanan yang jauh. Tidur lapar. Bangun pun lapar. Kami terpaksa tidur di dalam hutan.” – Ivine, 14 tahun, melarikan diri dari konflik di Syria.

Sekurang-kurangnya 60 juta kanak-kanak dan remaja di seluruh dunia berpindah ketempat lain untuk mencari apa yang dinamakan rumah dan kehidupan yang lebih stabil.

Sebahagian mereka datang dari tempat di mana peperangan tiada berpenghujung. Mereka melarikan diri dari keganasan perang saudara, jenayah berkumpulan, serangan, rogol, buruh paksa, penculikan dan pembunuhan. Sebahagian pula melarikan diri dari diskriminasi, kemiskinan dan cuaca yang melampau.

Tidak kira dari mana asal mereka; samada Afghanistan, Bangladesh, Myanmar, Palestin, Syria, atau negara lain yang sedang bergolak – mereka tidak pernah meminta untuk meninggalkan negara mereka, atau ingin tinggal di negara lain. Mereka tiada pilihan melainkan untuk melarikan diri dari prejudis dan keganasan.

“Mereka yang membeli kami menganggap kami ini seperti daging. Dan masyarakat sekeliling menganggap kami tidak ujud.” – Kiya, terselamat dari pemerdagangan orang

Tibanya disesuatu destinasi bukanlah satu penghujung perjalanan, tetapi ia hanyalah permulaan yang baru. Langkah pertama di bumi baru dipenuhi dengan kebimbangan dan ketakutan. Semuanya asing, tiada satu pun yang sama seperti di bumi sendiri. Tetapi mereka tiada pilihan melainkan melaluinya hari demi hari.

Mulakan dengan Tindakan Kemanusiaa

UNICEF menggunakan #actofhumanity untuk membantu anda memahami dan berasa prihatin tentang realiti yang dihadapi oleh kanak-kanak dan remaja ini. Ia membantu anda mencari jalan-jalan untuk memberikan bantuan dan membuka hati terhadap mereka.

Elakkan dari melabelkan mereka sebagai pelarian, berpindah-randah, pencari suaka politik ataupun berpindah secara terpaksa – mereka adalah kanak-kanak atau remaja yang mesti diberi perhatian sepenuhnya.

Sebaliknya, apa kata kita tunjukkan kebaikan hati – berikan senyuman, ucapkan selamat datang, sapaan mesra, atau berikan jawapan apabila mereka bertanya.

“Dulu saya ada ramai kawan…sekarang seorang pun tiada.” – Malek, 7 tahun

Cara terbaik untuk mendapatkan idea bagaimana kita boleh membantu mereka ialah dengan menjiwai mereka yang baru sampai di tanah asing. Berjalanlah sejauh sebatu bersama mereka. Kita akan dapat satu langkah kecil yang boleh membantu menghadapi cabaran besar ini. Ini juga akan menghilangkan rasa takut disebabkan prasangka daripada berita-berita dan propaganda yang kita dengar.

Dapatkan informasi apa yang kerajaan dan masyarakat setempat, atau badan bukan kerajaan berikan untuk membantu mereka. Mereka mungkin memerlukan kepakaran atau masa kita. Mungkin pakaian, atau perabut.

Di dalam setiap bahagian dalam kehidupan, samada di sekolah, di tempat kerja, di dalam masyarakat, di taman permainan atau di pusat membeli belah; #actofhumanity dan kebaikan hati boleh memberikan kesan.

Mereka ini mahukan kita menunjukkan bahawa mereka akan selamat sebagai kanak-kanak dan juga mempunyai masa hadapan.

Sertai kami. Hulurkan tangan kepada mereka yang sedang dalam pelarian.

0 0 votes
Article Rating
What’s your Reaction?
0%
0%
0%
0%
0%
0%
0%
Show More

Bunny Wira

champion for children, hero in disguise. I love kangkung!
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Related Articles

Back to top button