Hentikan gejala buli di sekolah
Jadikan suara dan cerita anda sebagai pencetus perubahan dunia.
Kepada semua agen pengubah dunia/murid-murid sekolah menengah di Malaysia: Adakah anda mempunyai idea untuk menangani masalah buli? Adakah anda mahu idea anda didengari? Anda mungkin orang yang kami cari!
Sempena ulang tahun ke-30 Konvensyen Hak Asasi Kanak-kanak dan pelancaran Manifesto Belia #ENDviolence tahun ini, Kementerian Pendidikan Malaysia, Project ID, dan UNICEF menganjurkan program khas #KidsTakeover untuk memberi peluang kepada murid-murid untuk bersuara dan menjadi agen pengubah.
Jadi, apa tunggu lagi? Hantarkan borang permohonan anda sekarang!
3 PERKARA TENTANG GEJALA BULI DI MALAYSIA
- 83% kanak-kanak menyatakan kes buli berlaku di sekolah.
- 75% kanak-kanak mempunyai perasaan negatif seperti sedih dan marah apabila dibuli atau melihat orang lain dibuli.
- 67% kanak-kanak mahu polisi anti buli sekolah untuk rasa selamat.
Sumber: “Children4Change Survey 2018:
Bullying Experiences amongst Children & Adolescent in Malaysia”
BUTIRAN PROGRAM
Kem Remaja
#ENDviolence
Cetuskan idea
anda!
1-3 Oktober 2019
Kem 3H/2M
Selangor
40 orang murid
akan dipilih
Kem Remaja
#CRC30
Ganding, gabung dan
perkukuhkan pendapat anda
18-19 November 2019
Kem 2H/1M
Kuala Lumpur
15 orang murid dari Kem
#ENDviolence
Kem Remaja
#CRC30
Pendapat anda amat bermakna.
Suarakan!
20 November 2019
Hari Kanak-Kanak
Kuala Lumpur
15 orang murid dari Kem
#CRC30
5 SEBAB ANDA PERLU MENGAMBIL BAHAGIAN
- Bentangkan idea dan inovasi anda untuk membuat perubahan di sekolah!
- Meluaskan cita-cita untuk #ENDviolence dan menjadikan sekolah tempat yang selamat.
- Belajar dan faham cara mengatasi gejala buli di sekolah.
- Meningkatkan kemahiran komunikasi, pemikiran kritikal dan kreativiti.
- Terima sijil peringkat kebangsaan untuk disertakan dalam resume.
KRITERIA PEMOHON
Anda digalakkan untuk memohon, jika:
- Anda berumur 13-17 tahun
- Anda adalah murid sekolah menengah di Malaysia
- Anda adalah murid yang terlibat dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti menangani gejala buli di sekolah
- Anda boleh menulis dan bertutur dengan baik dalam Bahasa Melayu
CARA MEMOHON
Cari inspirasi, pilih topik buat penyelidikan dan hasilkan video ATAU esei yang terbaik!
Anda perlu melengkapkan borang permohonan dan menghantar esei atau link video.
Pastikan anda tekan butang ‘hantar’ untuk borang anda diterima dan layak untuk dipilih.
Pastikan semua borang lengkap, ditandatangan dan dihantar bersama borang kebenaran ibu bapa dan sekolah.
Tarikh tutup permohonan : 8 September 2019
KANDUNGAN KREATIF
Video atau esei anda perlu:
1. Menerangkan bagaimana buli memberi kesan dalam hidup anda; sebagai mangsa, pemerhati atau pembuli
2. Beritahu kenapa penting untuk anda menyertai program #ENDviolence ini untuk menghentikan masalah buli di sekolah
3. Cadangkan satu idea yang murid murid dan guru boleh buat untuk menangani masalah buli di sekolah
PEMILIHAN PENYERTAAN
Peserta akan dipilih berdasarkan kriteria tersebut:
1. Idea yang praktikal dan kreatif (esei atau video)
2. Penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum
3. Minat yang tinggi untuk menghentikan gejala buli
MAKLUMAT PENTING
Anda perlu menghasilkan video yang tidak melebihi 90 saat dalam satu fail, beresolusi tinggi (1280×720).
Anda tidak boleh menggunakan sebarang gambar, kandungan dan muzik yang berhak cipta.
Video yang lengkap perlu dimuatnaik di YouTube dan link video tersebut disertakan di borang permohanan.
Selain YouTube, anda juga boleh memuat naik video di mana-mana medium (Facebook, Vimeo dan sebagainya).
Pastikan video itu boleh diakses oleh pihak urusetia.
Jumlah minimum perkataan: 200 patah perkataan.
Jumlah maksimum perkataan: 500 patah perkataan.
Borang kebenaran permohonan ibu bapa (downloadable).
Borang kebenaran permohonan sekolah (downloadable).
Kanak-kanak mempunyai hak ke atas penyertaan mereka, tetapi UNICEF dan Kementerian Pendidikan Malaysia boleh mengguna semula, mencetak dan mempamerkan penyertaan yang terpilih untuk tujuan komunikasi dan sokongan.
Video atau esei perlulah original dan kreatif. Video tidak boleh menggunakan sebarang bahan-bahan berhak cipta tanpa kebenaran pemilik. Video yang menggunakan bahan tersebut tidak layak untuk penyertaan.
UNICEF dan Kementerian Pendidikan Malaysia boleh membatalkan kelayakan penyertaan yang mengandungi unsur-unsur lucah, rasis dan yang menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.
Dengan menghantar permohonan penyertaan anda, anda perlu mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Sebarang soalan boleh diajukan kepada pihak urusetia, rasatiqah@project-id.org atau chiewteng.ang@project-id.org ATAU hubungi di talian +6011-56339902