#Opinion

Jadilah khalifah di bumi yang lebih baik!

Golongan muda seperti anda penyelesaian perubahan iklim

Terdapat 7 bilion manusia yang sedang mendiami planet ini.

Kita adalah sebahagian daripada alam semula jadi; nasib kita sangat bersangkutan dengan biodiversiti, pelbagai jenis haiwan dan tumbuhan, tempat tinggal dan persekitaran mereka di seluruh dunia. Pada asasnya, kesejahteraan umat manusia, alam sekitar dan kelangsungan ekonomi bergantung kepada pengurusan sumber semula jadi yang bertanggungjawab.

Pencemaran perindustrian dan manusia, pengurusan sembarangan sisa dan pembinaan; penebangan dan pembakaran hutan serta amalan pertanian yang tidak mampan bertahun-tahun menyebabkan kerosakan yang cukup untuk berlakunya perubahan iklim dan pelbagai bencana alam yang kita saksikan pada masa kini seperti kemarau, banjir, hakisan tanah dan tanah runtuh.

Tetapi kejadian cuaca melampau, kekurangan air, suhu tinggi berterusan dan fenomena lain yang berkaitan dengan perubahan iklim akan memberi ancaman yang serius kepada kesihatan dan keselamatan manusia. Jika perubahan iklim terus dibiarkan, lebih daripada satu per tiga spesies yang telah dijumpai juga akan pupus. Kanak-kanak dan golongan muda terutamanya, akan memikul beban yang berat kerana mereka akan hidup lebih lama dan menghadapi cabaran ini sepanjang hayat.

Jika kita inginkan dunia yang sesuai didiami untuk diri, anak-anak dan cucu-cucu kita, cabaran kemiskinan yang berleluasa dan kemusnahan alam sekitar perlu ditangani sekarang. Kita perlukan sebuah model pembangunan yang memenuhi keperluan masa kini tanpa menjejaskan keupayaan generasi akan datang untuk memenuhi keperluan mereka.

Melalui pelaburan dalam sistem pengangkutan dan penjanaan elektrik yang boleh diperbaharui serta tindakan yang boleh mengurangkan pencemaran karbon dan menggalakkan kecekapan tenaga, kita dapat menjamin dunia yang lebih selamat, bersih, sihat dan terangkum untuk anak-anak masa kini dan juga anak-anak mereka. Perjuangan menentang perubahan iklim terletak pada kita semua. Kita perlu bertindak melindungi bumi, keselamatan dan masa depan kita sekarang.

Di seluruh dunia, golongan muda seperti anda sedang melaksanakan tindakan iklim. Belia punyai pandangan yang betul. Belia berfikiran 100 tahun ke hadapan. Belia berfikiran jauh melebihi 2050. Anda juga boleh menjadi sebahagian daripada penyelesaian dengan melakukan perubahan pada kehidupan sendiri dan menuntut kerajaan seluruh dunia agar mengambil tindakan melindungi bumi daripada kesan perubahan iklim.

Mari kita fikirkan akibat daripada pilihan kita terhadap alam sekitar. Jadilah khalifah di bumi yang lebih baik .

0 0 votes
Article Rating
What’s your Reaction?
0%
0%
0%
0%
0%
0%
0%
Show More

Bunny Wira

champion for children, hero in disguise. I love kangkung!
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Related Articles

Back to top button