#Opinion

Jom bersama kekalkan kecanggihan internet!

Sempena Hari Internet Selamat 2017

Cintailah apa yang disukai; jangan cuba mengodam apa yang di benci –
Inilah kata-kata dari Tiny Buddha

Saya beranggapan bahawa Internet itu seperti rumah kedua saya; dan media sosial merupakan satu cara hidup. Sebaik saya bangun dari tidur, saya akan melihat apa yang terkandung di dalam media sosial saya. Media sosial memang menarik. Kita berpeluang memuat memuat naik serta meletakkan `posting’ tentang apa sahaja sama seperti kita memegang pemetik suis di dalam tangan; suis yang mempunyai dua butang untuk menghidupkan atau mematikan. Begitu juga cara kehidupan di media sosial.

Akan ada orang yang cuba menyalurkan bahan berbentuk negatif dan ada juga yang akan memberi inspirasi dengan tahap kepositifan mereka. Poyo, lebai malang, pengecut, tak guna. Saya pasti sesetengah daripada kita akan melihat perkataan sebegini membanjiri ruangan informasi maklumat, insta atau laman twitter kita tiap-tiap hari. Tetapi ini juga TIDAK bermakna tiada seorang pun di luar sana yang akan memberikan komen yang baik dan membina di `posting’ anda untuk membuatkan hari anda lebih bermakna.

Sama ada anda memanggil ia satu ruang bagi aktiviti buli siber atau landasan untuk bebas bersuara, media sosial ialah satu platform untuk semua dimana akan terdapat suasana pahit, manisnya. Saya menggemari media sosial seperti remaja lain dan saya percaya bahawa media sosial ialah satu landasan berharga yang boleh mengubah keadaan dunia. Percaya atau tidak, ia memang lebih mudah untuk memperkecilkan atau mempertikaikan daripada mendorong, memberi inspirasi dan mendidik ke arah kebaikkan.

Misalnya, anda sedang membincangkan secara baik isu kemiskinan atau perubahan iklim lantas seorang individu mula memperlekehkan dan menyerang anda secara peribadi. Saya tidak mempunyai masalah dengan orang yang mempunyai perbezaan pendapat. Saya lebih daripada gembira untuk melibatkan diri dalam mana-mana perbincangan yang sihat dan produktif, tetapi serangan secara peribadi yang tidak relevan ialah perkara lain sama sekali.

Tren di Twitter boleh membawa banyak perubahan juga. Dari terus menyebarkan perkara-perkara negatif yang menjatuhkan semangat seseorang itu, kita boleh menyedarkan orang lain terhadap pelbagai isu dengan pendekatan positif kita.

SID2017-QuoteYeshna2a

Saya pernah berbual tentang satu topik dan seorang individu ini telah mengeluarkan komen-komen yang kurang baik kepada saya dengan penuh rasa kebencian. Mereka tidak perlu menerima apa saja yang diperkatakan. Akan tetapi, jika mereka mengeluarkan kata-kata yang bisa serta menyakitkan hati terhadap seseorang yang mereka tidak kenali atau tentang sesuatu isu yang mereka sama sekali tidak yakin, ini sememangnya tidak baik. Daripada terus-menerus membenci kenapa tidak memberi perhatian terhadap apa yang kita yakini dan percayai selama ini? Konsep ini boleh diaplikasikan di dalam kehidupan seharian. Mari kita berhenti menghentam kenegatifan dan tingkatkanlah kepositifan.

Saya baru saja terbaca di Insta seseorang yang “hidup akan bertambah indah dengan kepositifan”. Ini benar! Kita tidak tahu bila nadi kita akan terhenti, jadi marilah kita lari dari bersikap negatif.
Daripada membenci sesuatu atau seseorang, amalkan satu sikap terbuka.
Berhenti mengikuti orang-orang yang negatif di media sosial.
Jangan cuba menjatuhkan atau mengaibkan orang lain.

Marilah kita sama-sama meraikan hidup seadanya; dan anda akan menyedari bahawa menjadi positif akan secara todak langsung mendorong semua orang disekeliling anda untuk menjadi positif. Kerana kepositifan boleh berjangkit; manakala sikap negatif dan kebencian akan menjurus kepada kegelapan.

Internet ialah saluran yang baik, kenapa tidak kita biarkan ia digunaka-pakai secara positif? Apabila anda meletakkan komen, fikirlah terlebih dahulu tentang perasaan seseorang itu. Anda mempunyai kuasa untuk membuat orang itu gembira atau sebaliknya. Pemetik suis berada di dalam tangan anda.

Saya berharap agar anda memilih kepositifan hari ini!

Diterjemahkan dari blog bahasa Inggeris di Voices of Youth.

0 0 votes
Article Rating
What’s your Reaction?
0%
0%
0%
0%
0%
0%
0%
Show More
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Related Articles

Back to top button