Adakah anda kenal anak-anak muda yang guna teknologi digital untuk mempertahankan hak mereka dan hak masyarakat? Kalau ya, kami nak dengar daripada anda!
Golongan muda di seluruh dunia sedang cipta perubahan dengan teknologi. RErights mahu ketengahkan wira-wira ini untuk mempengaruhi perubahan positif dan memperjuangkan hak kanak-kanak.
Wira Teknologi Yang Menginspirasi
Pada 2014, penyelidik RErights telah menampilkan beberapa remaja wira teknologi digital dalam laporan “Child Rights in a Digital Age“.
Shruti Rai dari India guna alat penceritaan digital untuk lawan perkahwinan kanak-kanak. Dia juga ajar anak muda lain buat perkara yang sama. Kini, dia mengendalikan projek literasi digital global, Four Birds and One Million Stories, yang diakses ribuan anak muda di seluruh dunia.
Kartik Sawhney, iuga dari India, seorang pelajar buta yang cipta perisian audio pembacaan graf sendiri. Dengan teknologi digital ini, dia dapat belajar sains dalam tahun 11 dan 12. Kemahiran Kartik dalam pengaturacaraan komputer membenarkannya untuk mengakses haknya dalam pelajaran dan menekankan cabaran yang dihadapi kanak-kanak cacat penglihatan di negara-negara membangun. Dia kini belajar Sains Komputer di Universiti Stanford dan terus memperjuangkan hak pendidikan kanak-kanak cacat penglihatan.
Di Brazil, Rene Silva mula menerbitkan akhbar komuniti pada usia 11 tahun di kawasan kejiranan beliau di Rio de Janeiro. Akhbarnya membincangkan isu sosial seperti pengedaran dadah dan penjagaan kesihatan. Baru-baru ini, dia menubuhkan Rangkaian Suara Komuniti, menyatukan 17 anak muda dari seluruh Brazil untuk bersuara bagi komuniti mereka. Rene percaya sambungan digital adalah penting bagi anak-anak muda untuk menuntut hak-hak mereka.
Pencalonan Dibuka Sekarang!
Tahun ini, RErights mencari lebih ramai wira teknologi digital! Jika anda kenal anak muda atau kumpulan di bawah 18 tahun yang guna teknologi untuk cipta perubahan, sila buat pencalonan di sini..
Tarikh tutup pencalonan pusingan pertama: Rabu, 4 Mei.
Ini peluang kita! Jom tunjuk pada dunia apa anak muda Malaysia boleh buat. Semoga berjaya!
BACA >> Why Participation Matters