#DidYouKnow

5 perkara pelik yang anda mungkin pernah dengar tentang Vaksin

Ada banyak mitos mengenai vaksin.

Terdapat banyak isu panas yang dihebohkan mengenai hal vaksin ni. Jadi menjadilah tugas pihak UNICEF supaya isu vaksin ini dejelaskan dengan betul supaya perlindungan yang sewajarnya akan diberikan khususnya kepada golongan kanak-kanak untuk mereka terus hidup sihat!

1. Toksin kan?


Vaksin sebenarnya amat selamat, dan telah menyelamatkan berjuta-juta nyawa. Jika vaksin mengandungi dos bahan kimia yang berbahaya, pertubuhan kesihatan awam tidak akan menyokong penggunaannya, doktor tidak akan memberi kelulusan untuk ia terus dikeluarkan dan mana-mana syarikat perubatan tidak akan terus menjualnya. As simple as that lah.

2. Vaksin tu bukan lah bahan semula jadi.

MRW to everything the fundamentalist Christian in my class says whilst we are in biology studying evolution


Ada yang fikir kerana vaksin tidak tumbuh dari pokok, ianya tidak baik. Salah! Anda tahu apa lagi yang semula jadi? Cacar, polio dan wabak berkaitan dgn penyakit taun. Yesss!

3. Kan, ni semua keputusan kita sendiri!


HMMM. Sama dengan keputusan untuk menutup mulut kita ketika batuk di bas yang sesak, atau memanggil ambulan ketika rumah jiran kita terbakar, betul? Kesimpulannya, kita semua saling berhubung kait dalam komuniti global ini, dimana kita semua adalah penyebar kuman. Apabila kanak-kanak tidak beri perlindungan vaksin, risiko untuk komuniti mereka dijangkiti penyakit teruk adalah lebih tinggi.

4. Penyokong vaksin semua pro syarikat  farmaseutikal.


Tidak ada bukti untuk anggapan yang salah ini lah! Mitos ni hanyalah satu taktik cilik untuk mengelirukan anda. Lagi-lagi, bukankah syarikat farmaseutikal akan mengaut keuntungan berlipat ganda dengan melayan orang sakit daripada mencegah penyakit? (Hahaha!)

5. Ia mengakibatkan autisme


Ratusan-ribuan kajian  telah dikendalikan – termasuk satu ulasan sejawat keatas 12,000 orang secara saintifik telah membuktikan tuntutan ini sama sekali palsu.

Hakikatnya, kita semua hidup dalam masyarakat dunia yang bergelumang dengan wabak dan penyakit berbahaya. Bila anak kita tidak disuntik, mereka akan lebih berisiko mengidap penyakit-penyakit yang kemungkinan berbahaya.

Semua kanak-kanak, walau di mana mereka berada tidak kira dalam apa keadaan sekalipun mempunyai hak untuk mencapai potensi penuh mereka. Mereka perlu perlindungan vaksin supaya peluang untuk satu masa depan yang sihat amat cerah.

Ingat – imunisasi itu penting dan hanya berfungsi jika ia diberikan sebelum seseorang itu diserang penyakit. #VaccinesWork!

0 0 votes
Article Rating
What’s your Reaction?
0%
0%
0%
0%
0%
100%
0%
Show More

Bunny Wira

champion for children, hero in disguise. I love kangkung!
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Related Articles

Back to top button